WORD DOCTOR

belittle

* to make someone or something appear insignificant or not very good
* memperkecilkan atau memperlekehkan seseorang atau sesuatu

"Don't belittle his piano playing. He needs encouragement."

Monday, January 18, 2010

SELAMAT DATANG 2010

imej dari sini
Selamat datang tahun 2010!!!
Selamat kembali ke sekolah semula yang kita cintai ini, guru-guru dan para pelajar.
Semoga tahun yang baru ini, langkah kita diiringi dengan azam baru yang lebih gemilang dan cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.
Seperti biasa, PSSentral Tiram Jaya akan sentiasa bersedia membantu guru-guru dan para pelajar untuk membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Semoga kita semakin gemilang!!
Go! Go! Tiram Jaya!

Sunday, November 1, 2009

LET'S PLAY SCROBBLE!

In conjuction of Pasca PMR programme 2009, PSS with English Language Society held a game play of Scroble. It is something like Scrabble but there are no tiles involved. Instead, you fill in your letters in the boxes provided.
Here are some of the pictures from that day.

Wednesday, October 28, 2009

KEPUTUSANNYA

Kepada Pengawas PSS Tiram Jaya yang baru dilantik.
Semoga anda dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, jujur dan ikhlas.

TEMUDUGA PENGAWAS PSS 2010

Anda ingin menjadi pengawas PSS?
Itulah bunyi iklan yang telah diedarkan oleh PSSENTRAL baru-baru ini. Antara puluhan pelajar yang memohon, beberapa pelajar telah disenarai pendek oleh JK Temuduga PSS, Puan Hasnah bt Husin dan Puan Faridah bt Yahya.
Maka dengan itu, pada 15 Oktober 2009, satu sesi temuduga telah diadakan di Perpustakaan. Senarai calon yang berjaya akan diumumkan kelak.
Calon-calon berdebar menanti giliran.
"Alamak. Tertulis nama Maya Karin pula."
JK Temuduga, Puan Hasnah dan Puan Faridah.

KAMI BUKAN JAGA BUKU SAJA TAU

Pengawas PSS memang sinonim dengan perpustakaan dan buku. Tetapi Pengawas PSS Tiram Jaya lain dari yang lain.
Selain dari buku, Pengawas PSS Tiram Jaya sebenarnya sangat berbakat dalam bidang seni persembahan. Mereka semua adalah ahli Koir PSS yang selalu mengadakan persembahan di hari-hari perayaan di SMK Tiram Jaya.
Koir PSS juga bertanggungjawab menyanyikan lagu sekolah di perhimpunan rasmi.
Koir PSS dipimpin oleh Puan Hasnah bt Husin.

KEBERSIHAN ITU SATU CARA HIDUP

Kebersihan adalah aspek penting dalam kehidupan kita. Tak kira di mana sahaja, keperibadian seseorang itu dapat disaksikan dengan cara mereka menguruskan kebersihan diri dan persekitaran mereka.
Justeru itu, Pengawas PSS Tiram Jaya sentiasa menjalankan pembersihan PSSENTRAL.
Ini adalah supaya semua warga Tiram Jaya dapat menggunakan kemuadahan yang disediakan di PSSENTRAL dengan keadaan yang selesa.

BENGKEL PEMBINAAN BLOG

Pada 28 dan 29 Oktober 2009, PSSENTRAL telah mengikuti Bengkel Pembinaan Blog yang dianjurkan oleh PKG Tanjong Karang.
Bengkel yang dihadiri oleh semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Tanjong Karang ini diadakan dengan tujuan mendedahkan GMP dengan cara-cara pembinaan blog untuk Pusat Sumber Sekolah.
PSSENTRAL telah diwakili oleh Puan Arbaiah Abdul Rahim.