WORD DOCTOR

belittle

* to make someone or something appear insignificant or not very good
* memperkecilkan atau memperlekehkan seseorang atau sesuatu

"Don't belittle his piano playing. He needs encouragement."

Wednesday, October 28, 2009

KEPUTUSANNYA

Kepada Pengawas PSS Tiram Jaya yang baru dilantik.
Semoga anda dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, jujur dan ikhlas.

TEMUDUGA PENGAWAS PSS 2010

Anda ingin menjadi pengawas PSS?
Itulah bunyi iklan yang telah diedarkan oleh PSSENTRAL baru-baru ini. Antara puluhan pelajar yang memohon, beberapa pelajar telah disenarai pendek oleh JK Temuduga PSS, Puan Hasnah bt Husin dan Puan Faridah bt Yahya.
Maka dengan itu, pada 15 Oktober 2009, satu sesi temuduga telah diadakan di Perpustakaan. Senarai calon yang berjaya akan diumumkan kelak.
Calon-calon berdebar menanti giliran.
"Alamak. Tertulis nama Maya Karin pula."
JK Temuduga, Puan Hasnah dan Puan Faridah.

KAMI BUKAN JAGA BUKU SAJA TAU

Pengawas PSS memang sinonim dengan perpustakaan dan buku. Tetapi Pengawas PSS Tiram Jaya lain dari yang lain.
Selain dari buku, Pengawas PSS Tiram Jaya sebenarnya sangat berbakat dalam bidang seni persembahan. Mereka semua adalah ahli Koir PSS yang selalu mengadakan persembahan di hari-hari perayaan di SMK Tiram Jaya.
Koir PSS juga bertanggungjawab menyanyikan lagu sekolah di perhimpunan rasmi.
Koir PSS dipimpin oleh Puan Hasnah bt Husin.

KEBERSIHAN ITU SATU CARA HIDUP

Kebersihan adalah aspek penting dalam kehidupan kita. Tak kira di mana sahaja, keperibadian seseorang itu dapat disaksikan dengan cara mereka menguruskan kebersihan diri dan persekitaran mereka.
Justeru itu, Pengawas PSS Tiram Jaya sentiasa menjalankan pembersihan PSSENTRAL.
Ini adalah supaya semua warga Tiram Jaya dapat menggunakan kemuadahan yang disediakan di PSSENTRAL dengan keadaan yang selesa.

BENGKEL PEMBINAAN BLOG

Pada 28 dan 29 Oktober 2009, PSSENTRAL telah mengikuti Bengkel Pembinaan Blog yang dianjurkan oleh PKG Tanjong Karang.
Bengkel yang dihadiri oleh semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Tanjong Karang ini diadakan dengan tujuan mendedahkan GMP dengan cara-cara pembinaan blog untuk Pusat Sumber Sekolah.
PSSENTRAL telah diwakili oleh Puan Arbaiah Abdul Rahim.

PENYELARAS PSS SMK TIRAM JAYA

Pn Hasnah bt Husin
Mulai Julai 2007
En Samsir b Johari
Oktober 1999 - Jun 2007
En Ismail b Hj Mohd Yunus
Julai 1996 - September 1999
En Shamsir b Johari
1991 - Jun 1996
En Muslimin b Fadzil
1987 - 1990
En Abunathan Jayabalan NJ Samuel
1985 - 1986

ORGANISASI PSS 2009

PENGERUSI
Pn Hjh Rosnah bt Selamat
Pengetua
NAIB PENGERUSI
En Ahmad Saari b Muhammad
GPK Kanan
SETIAUSAHA
Pn Hasnah bt Husin
Guru Perpustakaan dan Media
GURU PERPUSTAKAAN
Pn Faridah bt Yahya
GURU BILIK TAYANG
En Tan Che Beng
GURU BILIK ABM
Pn Kalai Chelvi Perumalsamy
GURU PUSAT AKSES
En Saifollah b Yunus

Tuesday, October 27, 2009

KARNIVAL KOKURIKULUM - FRUITEES MENANG BESAR!

SMK Tiram Jaya telah mengadakan Karnival Kokorikulum 2009 pada bulan Ogos yang lalu. PSSENTRAL Tiram Jaya, bersama-sama Kelab KKQ dan English Language Society telah mengadakan gerai jualan. Tujuan gerai ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi menambahkan prasanana dan kelengkapan P&P sekolah. Gerai kami, FRUITEES, telah menjual buah-buah segar, rojak buah dan pelbagai jenis kerepek. Paling mengembirakan, gerai FRUITEES berjaya meraih gelaran "Gerai Terbersih" dan "Gerai Paling Kreatif" Tahniah dan terima kasih kepada semua warga FRUITEES.
"Kalau potong buah sambil senyum, lagi manis rasanya," kata Puan Zaini.
Pengawas PSS sedang memotong buah.
Wajah "Gerai Terbersih" dan "Gerai Paling Kreatif"

PSSENTRAL BERMULA

Akhirnya. PSSENTRAL TiramJaya memulakan satu langkah baru. Kami kini di alam maya. Nantikan kemunculan PSSENTRAL yang lebih mantap dan terkini tidak lama lagi!
EDITOR SENTRAL